J: Ya boleh.
S: Bilakah tarikh mula insurans ?
J: Tarikh anda masuk Thailand. Contoh anda ingin ke Hatyai pada 31 Ogos 2017 tetapi anda membeli insurans pada 9 Mac 2017 maka tarikh yang tercatat pada insurans anda adalah 31 Ogos 2017.
S: Berapa lama proses untuk mendapat insurans ini ?
J: Sekiranya buat pembayaran pada hari ini maka hari ini juga penghantaran melalui Pos Laju.
S: Apakah dokumen yang akan di terima ?
J: Insurans kenderaan, Kad TM6 (Arrival & Departure Card) di hantar melalui Pos Laju manakala borang TM2, TM2, Contoh surat kebenaran, panduan mengisi borang akan di hantar melalui e-mail.
S: Adakah semua dokumen ini lengkap ?
J: Ya semua dokumen lengkap untuk memasuki Thailand.
S: Apakah yang di lindungi oleh insurans ini ?
J: Insurans ini merupakan 3rd Party Insurance yang hanya memberi perlindungan tuntutan ganti rugi hanya untuk rakyat Thailand sahaja.
S: Bilakah insurans ini akan diguna sepanjang berada di Thailand ?
J: Pada kebiasaanya, Insurans ini akan di minta oleh Polis/JPJ Thailand sekiranya ada sekatan jalanraya. Menjadi kesalahan sekiranya tiada insurans.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan